Salam sejahtera tuan / puan yang budiman..
Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, promosi pakej Raya In Colours sedang berjalan dan akan tamat pada tengahari 31 Julai 2009 (Jumaat).
Koleksi mutiara dan kristal yang dibawakan khas oleh BMS dari Sabah ini sememangnya cantik menarik dan tertarik. Apa yang lebih istimewa, harga pakej ini adalah lebih murah daripada yang tuan / puan boleh dapat di pasaran!
Setiap pakej dilengkapi dengan 1 set butang baju melayu untuk ayah / suami / anak lelaki, sebuah loket kristal / cats eye untuk ibu / isteri, seutas gelang dan sebentuk cincin mutiara / kristal yang sedondon untuk diri sendiri mahu pun yang tersayang. Cincin tersebut bukan sahaja boleh dijadikan perhiasan di jari, malah boleh digayakan dengan tudung juga!
Bayangkan di hari raya nanti, bukan sahaja pakaian tuan / puan sekeluarga sahaja yang sedondon, malah aksesorinya juga sepadan dengan warna tema. Sudah tentu gambar hari raya keluarga tahun ini lebih mengerlip dari yang sebelumnya!
Sudah ramai yang bertanya-tanya tentang pakej menarik lagi eksklusif ini.. jadi sebelum orang lain menyambar pakej mengikut warna yang tuan / puan gemari, tempahlah hari ini juga!
Selamat meraikan bulan Syaaban yang mulia dan semoga berjumpa lagi..
Salam santun,
Azzah AR
BMS Caretaker

