Stock Update

Salam semua..

Berikut adalah stock update yang terkini:

T-shirt muslimah SIK Clothing yang telah terjual:

  • Kod 94-L-Coklat
  • Kod 12-S-Maroon+Pink Muda
  • Kod 74-M-Ungu
  • Kod 24-L-Putih
  • Kod 43-M-Hijau Muda
  • Kod 61-L-Pink Muda

Jangan ketinggalan!

Sold Out!

Salam sejahtera tuan/puan yang dihormati..

Berikut adalah senarai produk BMS yang telah terjual..

T-shirt SIK Clothing:

  • 80-S-Ungu
  • 88-M-Hijau Muda
  • 43-M-Ungu
  • 72-L-Hitam
  • 72-L-Oren
  • 74-L-Ungu

Novel 2nd Hand:

  • Terima Kasih Kekasih – Norhayati Berahim

Jadi, jangan berlengah lagi.. dapatkan produk kegemaran anda sekarang juga sebelum ia habis dijual! :)

Jangan Terkeliru..

Salam tuan/puan yang dihormati..

Terdapat beberapa kekeliruan yang berlaku mengenai potongan dan ukuran sebenar t-shirt SIK Clothing ini.

Jadi, saya akan jelaskan di sini supaya tuan/puan tidak lagi terkeliru dan salah faham dengan gambar yang dipaparkan.

Ini gambar dalam katalog BMS, kod t-shirt 85-L-Hijau Tua

Dan ini pula gambar saya memakai t-shirt dengan saiz, design dan warna yang sama; kod t-shirt 85-L-Hijau Tua..

Mungkin apabila saya gantungkan t-shirt itu untuk mengambil gambar supaya lebih jelas design dan coraknya, ia kelihatan besar. Tetapi sebenarnya tuan/puan tidak perlu risau kerana sebenarnya ia mempunyai potongan mengikut tubuh wanita. Perhatikan dua gambar di atas, apabila saya memakainya, ia tidak pun kelihatan besar, menggelebeh dsb. Ia elok-elok sahaja dengan tubuh saya :)

Kami juga telah menyertakan ukuran sebenar bagi setiap saiz. Contoh ukuran sebenar bagi saiz L adalah seperti dalam gambar ini..

Ukuran bagi keempat-empat saiz telah pun kami masukkan di sini. Ini bertujuan supaya tuan/puan dapat membeli dengan saiz yang sebenar, kerana kami tidak mahu tuan/puan melabur dan kemudian tertipu dengan gambar yang dipaparkan.

Jadi, apa yang perlu tuan/puan lakukan sebelum membuat tempahan, ukurlah bahu, dada dan punggung sendiri dalam sentimeter dan sesuaikanlah dengan ukuran saiz yang kami masukkan. Mudah sahaja, bukan? :)

Dan satu lagi perkara yang perlu tuan/puan tahu, SIK Clothing ialah t-shirt dan bukannya blouse. Dibuat daripada kain t-shirt cotton berkualiti tinggi dan mudah dijaga. Inilah keunikan SIK Clothing; t-shirt dengan design yang cantik dan lain daripada t-shirt2 yang lain!

Semoga bertemu lagi di posting akan datang, selamat berstylo!

Azzah AR
BMS Caretaker

Selamat Datang!

Salam stylo kawan2 sekalian!

Selamat datang saya ucapkan ke Butik Muslimah Stylo (BMS), sebuah butik maya yang bertapak di Facebook dan kini berada di WordPress!

BMS menyediakan pelbagai jenis produk untuk muslimah bergaya sederhana sakan (tidak berlebih-lebihan) supaya kelihatan menarik, kemas, trendy, stylo tetapi ringkas, sederhana dan sedap mata memandang.

Produk utama BMS ialah t-shirt jenama SIK Clothing yang dibawa dari Bandung, Indonesia. Pihak BMS juga sedang mengusahakan produk-produk dan aksesori lain seperti kerongsang, perhiasan mutiara dan sebagainya. Malah kami juga sedang merancang untuk menjual novel-novel second hand yang popular.

Misi BMS adalah untuk memartabatkan ketrampilan muslimah supaya tidak dipandang rendah dan diperlekehkan. Sebagaimana maksud hadith, “Kebersihan sebahagian daripada iman.”

Pakaian yang cantik, tidak selekeh dan tidak pula berlebih-lebihan adalah amat sesuai untuk muslimah. Manakala aksesori yang cantik dan sederhana menyerlahkan lagi gaya muslimah tanpa perlu berhabis ribuan ringgit.

Jualan dibuka sekarang, selamat membeli-belah di Butik Muslimah Stylo!

Salam santun;

Azzah AR
BMS Caretaker

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.