Promosi pakej Raya in Colours sudah tamat

Salam semua,

Dengan rasminya promosi pakej Raya In Colours sudah ditutup.

Nantikan produk dan promosi BMS yang terbaru, akan datang tidak lama lagi!

Salam santun;

Azzah AR
BMS Caretaker

Dua hari sahaja lagi!

Salam sejahtera tuan / puan yang budiman..

Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, promosi pakej Raya In Colours sedang berjalan dan akan tamat pada tengahari 31 Julai 2009 (Jumaat).

Koleksi mutiara dan kristal yang dibawakan khas oleh BMS dari Sabah ini sememangnya cantik menarik dan tertarik. Apa yang lebih istimewa, harga pakej ini adalah lebih murah daripada yang tuan / puan boleh dapat di pasaran!

Setiap pakej dilengkapi dengan 1 set butang baju melayu untuk ayah / suami / anak lelaki, sebuah loket kristal / cats eye untuk ibu / isteri, seutas gelang dan sebentuk cincin mutiara / kristal yang sedondon untuk diri sendiri mahu pun yang tersayang. Cincin tersebut bukan sahaja boleh dijadikan perhiasan di jari, malah boleh digayakan dengan tudung juga!πŸ™‚

Bayangkan di hari raya nanti, bukan sahaja pakaian tuan / puan sekeluarga sahaja yang sedondon, malah aksesorinya juga sepadan dengan warna tema. Sudah tentu gambar hari raya keluarga tahun ini lebih mengerlip dari yang sebelumnya!πŸ˜€

Sudah ramai yang bertanya-tanya tentang pakej menarik lagi eksklusif ini.. jadi sebelum orang lain menyambar pakej mengikut warna yang tuan / puan gemari, tempahlah hari ini juga!

Selamat meraikan bulan Syaaban yang mulia dan semoga berjumpa lagi..

Salam santun,

Azzah AR
BMS Caretaker

Pakej Raya In Colours

Salam tuan / puan yang budiman,

BMS menawarkan satu lagi produk pakej Raya In Colours yang membantu anda tampil cantik berseri lagi glamor di hari raya yang bakal menjelang tiba.

Pakej ini mengandungi empat item iaitu butang baju melayu, loket, gelang dan cincin aksesori tudung yang diperbuat daripada mutiara dan kristal, dibawa khas untuk anda dari Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

Tawaran ini bermula dari 23 Julai dan akan tamat pada 31 Julai 2009.

Jadi, jangan berputih mata.. segera dapatkan pakej warna tema anda hari ini juga!!

Jumpa lagi!

Salam santun;

Azzah AR
BMS Caretaker

RAYA IN COLOURS

Lagi koleksi Novel 2nd Hand!

Salam para pengunjung yang dihormati,

BMS telah menambahkan 5 judul baru dalam koleksi Novel 2nd Hand kami.

Judul yang baru ditambah ialah:

  1. Original – HM Tuah Iskandar
  2. Hati Seorang Wanita – Norhayati Berahim
  3. Cinta Pertama – Norhayati Berahim
  4. Hatimu Untuk Siapa – HM Tuah Iskandar
  5. Hilangnya Seri Malam – Haryani Kamilan

Jom jenguk-jenguk rak buku kami!

NOVEL 2ND HAND

Koleksi terbaru BMS!

Salam pengunjung setia BMS yang budiman, semoga sejahtera hendaknya..

Kami ada berita baik untuk penggemar koleksi tudung Munawwarah yang eksklusif!

Jualan pembukaan untuk 7 helai tudung Maisara pelbagai warna dan saiz, amat sesuai untuk digayakan pada lebaran ini. Dapatkannya sekarang di BMS sebelum kehabisan kerana stok amat terhad!

Jenguk katalog di sini.

Jumpa lagi!

Salam santun,

Azzah AR
BMS Caretaker

Buku panduan seisi keluarga

Sempena sambutan Isra’ Mikraj ini..

Buku ini amat dicadangkan kepada tuan / puan untuk rujukan sepanjang hayat.

Klik di sini untuk info lanjut.

Stock Update

Salam semua..

Berikut adalah stock update yang terkini:

T-shirt muslimah SIK Clothing yang telah terjual:

  • Kod 94-L-Coklat
  • Kod 12-S-Maroon+Pink Muda
  • Kod 74-M-Ungu
  • Kod 24-L-Putih
  • Kod 43-M-Hijau Muda
  • Kod 61-L-Pink Muda

Jangan ketinggalan!

Sold Out!

Salam sejahtera tuan/puan yang dihormati..

Berikut adalah senarai produk BMS yang telah terjual..

T-shirt SIK Clothing:

  • 80-S-Ungu
  • 88-M-Hijau Muda
  • 43-M-Ungu
  • 72-L-Hitam
  • 72-L-Oren
  • 74-L-Ungu

Novel 2nd Hand:

  • Terima Kasih Kekasih – Norhayati Berahim

Jadi, jangan berlengah lagi.. dapatkan produk kegemaran anda sekarang juga sebelum ia habis dijual!πŸ™‚

Jualan Novel 2nd Hand dibuka!

Salam pengunjung BMS yang dihormati..

Dengan sukacitanya kami membuka jualan untuk Novel 2nd Hand bermula hari ini.

Novel 2nd Hand

Sebanyak 6 buah novel cinta dari penerbit dan penulis kegemaran ramai telah kami upload hari ini dan banyak lagi yang bakal menyusul.

Stok kami amat terhad, jadi dapatkan novel yang anda idamkan dengan kandungan asal tetapi harga jauh lebih murah! 2nd hand lah katakanπŸ™‚

Jom tengok katalog di sini.

Selamat bershopping di BMS!

Salam santun;

Azzah AR
BMS Caretaker

Jangan Terkeliru..

Salam tuan/puan yang dihormati..

Terdapat beberapa kekeliruan yang berlaku mengenai potongan dan ukuran sebenar t-shirt SIK Clothing ini.

Jadi, saya akan jelaskan di sini supaya tuan/puan tidak lagi terkeliru dan salah faham dengan gambar yang dipaparkan.

Ini gambar dalam katalog BMS, kod t-shirt 85-L-Hijau Tua

Dan ini pula gambar saya memakai t-shirt dengan saiz, design dan warna yang sama; kod t-shirt 85-L-Hijau Tua..

Mungkin apabila saya gantungkan t-shirt itu untuk mengambil gambar supaya lebih jelas design dan coraknya, ia kelihatan besar. Tetapi sebenarnya tuan/puan tidak perlu risau kerana sebenarnya ia mempunyai potongan mengikut tubuh wanita. Perhatikan dua gambar di atas, apabila saya memakainya, ia tidak pun kelihatan besar, menggelebeh dsb. Ia elok-elok sahaja dengan tubuh sayaπŸ™‚

Kami juga telah menyertakan ukuran sebenar bagi setiap saiz. Contoh ukuran sebenar bagi saiz L adalah seperti dalam gambar ini..

Ukuran bagi keempat-empat saiz telah pun kami masukkan di sini. Ini bertujuan supaya tuan/puan dapat membeli dengan saiz yang sebenar, kerana kami tidak mahu tuan/puan melabur dan kemudian tertipu dengan gambar yang dipaparkan.

Jadi, apa yang perlu tuan/puan lakukan sebelum membuat tempahan, ukurlah bahu, dada dan punggung sendiri dalam sentimeter dan sesuaikanlah dengan ukuran saiz yang kami masukkan. Mudah sahaja, bukan?πŸ™‚

Dan satu lagi perkara yang perlu tuan/puan tahu, SIK Clothing ialah t-shirt dan bukannya blouse. Dibuat daripada kain t-shirt cotton berkualiti tinggi dan mudah dijaga. Inilah keunikan SIK Clothing; t-shirt dengan design yang cantik dan lain daripada t-shirt2 yang lain!

Semoga bertemu lagi di posting akan datang, selamat berstylo!

Azzah AR
BMS Caretaker

« Older entries