Jangan Terkeliru..

Salam tuan/puan yang dihormati..

Terdapat beberapa kekeliruan yang berlaku mengenai potongan dan ukuran sebenar t-shirt SIK Clothing ini.

Jadi, saya akan jelaskan di sini supaya tuan/puan tidak lagi terkeliru dan salah faham dengan gambar yang dipaparkan.

Ini gambar dalam katalog BMS, kod t-shirt 85-L-Hijau Tua

Dan ini pula gambar saya memakai t-shirt dengan saiz, design dan warna yang sama; kod t-shirt 85-L-Hijau Tua..

Mungkin apabila saya gantungkan t-shirt itu untuk mengambil gambar supaya lebih jelas design dan coraknya, ia kelihatan besar. Tetapi sebenarnya tuan/puan tidak perlu risau kerana sebenarnya ia mempunyai potongan mengikut tubuh wanita. Perhatikan dua gambar di atas, apabila saya memakainya, ia tidak pun kelihatan besar, menggelebeh dsb. Ia elok-elok sahaja dengan tubuh saya🙂

Kami juga telah menyertakan ukuran sebenar bagi setiap saiz. Contoh ukuran sebenar bagi saiz L adalah seperti dalam gambar ini..

Ukuran bagi keempat-empat saiz telah pun kami masukkan di sini. Ini bertujuan supaya tuan/puan dapat membeli dengan saiz yang sebenar, kerana kami tidak mahu tuan/puan melabur dan kemudian tertipu dengan gambar yang dipaparkan.

Jadi, apa yang perlu tuan/puan lakukan sebelum membuat tempahan, ukurlah bahu, dada dan punggung sendiri dalam sentimeter dan sesuaikanlah dengan ukuran saiz yang kami masukkan. Mudah sahaja, bukan?🙂

Dan satu lagi perkara yang perlu tuan/puan tahu, SIK Clothing ialah t-shirt dan bukannya blouse. Dibuat daripada kain t-shirt cotton berkualiti tinggi dan mudah dijaga. Inilah keunikan SIK Clothing; t-shirt dengan design yang cantik dan lain daripada t-shirt2 yang lain!

Semoga bertemu lagi di posting akan datang, selamat berstylo!

Azzah AR
BMS Caretaker

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: