Buku ‘Indahnya Hidup Bersyariat’

Tajuk: Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis: Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid

Penerbit: Telaga Biru (2009)

ISBN: 978-967-5102-30-1

Harga: RM55.00

Kod Pembelian: PLL-IHB

Isi buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardhu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardhu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardhu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual-beli), munakahat (nikah kahwin dan rumahtangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

%d bloggers like this: