SIK Clothing: Keistimewaan

Salam tuan puan yang dihormati;

Saya adalah pembeli dan pemakai t-shirt SIK Clothing. Pertama kali saya melihat t-shirt ini dipamerkan di sebuah karnival, saya terus membeli 3 helai sekaligus tanpa ragu-ragu!

Saya memakai tshirt 06-L-Hitam

Ini adalah kerana tshirt SIK Clothing adalah sesuatu yang saya cari selama ini, konsep t-shirt labuh yang mempunyai rekaan moden dan ringkas. Kebanyakan tshirt muslimah yang ada di pasaran sekarang ini ada kalanya terlalu sarat dengan hiasan, rekaan yang biasa-biasa sahaja dan ada juga yang disertakan dengan tulisan yang pelbagai. Dan biasanya tidak habis-habis dengan corak motif bunga, bunga dan bunga….. *sigh*

Justeru, apabila terpandangkan tshirt ini, saya terus jatuh cinta pandang pertama. Haha!

Pada mulanya, berdebar juga untuk mencuci dengan mesin basuh. Takut sekiranya ia mengecut atau turun warna. Ternyata tidak langsung! Ianya seperti t-shirt yang biasa dijual di mana-mana tetapi dengan kualiti yang cukup baik. Saya sangat berpuas hati!

Lagi perkara yang membuatkan saya gemar benar dengan tshirt ini adalah potongannya yang selesa. Tidak seperti tshirt biasa yang dibeli di pasaraya (saya selalunya terpaksa membeli tshirt lelaki kerana pakaian wanita selalunya body hugging, singkat tetapi malangnya tshirt lelaki berpotongan straight dari bahu ke punggung), tshirt SIK Clothing direka khusus untuk tubuh wanita yang biasanya mengalami masalah di bahagian punggung. Dengan tshirt ini, puan2 tidak perlu risau lagi kerana potongannya memang disesuaikan dengan bentuk tubuh wanita yang sebenar.🙂

Kepada puan2 yang sentiasa mementingkan penampilan yang menarik dan ringkas, inilah pakaian yang paling sesuai.

Jika tuan seorang lelaki yang mementingkan kekemasan dan kecantikan penampilan isteri tuan, hadiahkanlah tshirt muslimah ini untuknya.

Alah membeli, menang memakai. Daripada gasak membeli tapi akhirnya satu pun tak boleh pakai. (^_^)v

Salam santun;

Azzah AR
BMS Caretaker

%d bloggers like this: